Monday, 21 May 2012

ABON JUMPA BFTJ

Pada hari sabtu yang lalu,abon pergi ke library untuk mencari bahan kerja sejarah dan sekali gus mengulang matapelajaran disana.dalam syok mengulang kaji mata pelajaran sejarah,terdetik pula di hati untuk mencari buku sejarah islam salehudin ayubi.dalam sebok mencari,abon pun terilhat seorang bro yang agak ragu dengan pelakuan dia.abon pun jadi ditective conan memerhatikan pergerakan bro tu dari jauh.maka, ternyatalah bro tu mencuri buku  dari library tu dengan memasukkan buku itu ke dalam seluar bahagian belakang.abon pun terus menuju kearah bro tu lalu menegur bro tu.

abon-assalammualaikum bro!

bro-hah?waalikumussalam.kau ni dah kenapa?

abon-aih bro,bagi salam sesame muslim je kot.by the way aku abin.bro nak Tanya?

bro-dulik apa aku.hah apa dia?cepat sikit,aku nak blah ni.

abon-alaa,rilex la dulu bro.tadi buat job apa tu?ingat aku tak Nampak ke?

bro-ah kau,Nampak apa tadi!mana ada aku buat pape.mengarot ah kau.

abon-ah kau,buku kat belakang seluar kau tu hape?

bro-ouh jadi kau spy aku ah tadi?buku ni aku nak pinjam lah.

abon-pinjam kenapa tak letak kat bakul?kenapa letak kat situ pulak?kau mungkin boleh tipu aku,Allah kau tak boleh tipu.Dia maha Melihat!

bro-ah yela aku tahu tu.aku memang nak curi buku ni!kenapa?kau ada masalah ke?

abon-hah!ni lah masalahnya.kau mencuri depan mata aku sekarang ni.

bro-tu bukan masalah kau lah,peduli apa aku dengan kau.KUBUR AKU DENGAN KAU ASING-ASING!kite takda kena mengena pon.

abon-pekataan ni paling aku menyampah dalam dunia!ok,memang betul kubur kita asing-asing!tapi nanti kat akhirat kelak kau menyusahkan aku.bila dihadapan Allah swt kelak Dia pasti Tanya aku kenapa tidak menghalang kau daripada mencuri buku itu!kubur memang asing,tapi dipadang masyar kelak kita bersama.aku akan menghalang kau dari melakukannya.itu hak masyarakt lain lagipun.

bro-mmmmm.baiklah aku pulangkan buku ni semula,terima kasih atas teguran ni.minta maaf yee dok.apa nama kau tadi abon?kau kumpulan OSBON tu eh?hahaha.

abon-bagus kalau macam tu,tak pelu minta maaf kat aku dulu,minta maaf kat Allah!yee,bukanlah.

bro-terima kasih lagi sekali bon,aku menyesal pulak.
selepas abon dan bro pulangkan buku tu,diorang pun terus lepak bersama-sama belajar.dan abon pun terlupa akan buku salehudin ayubi.btw,buku yang bro nak curi tu buku VERSUS by Hlovate.haha


UTAMAKAN ALLAH
ni lah bro tu!muka keras tapi hati dia lembut dengar nasihat!
nama dia mafia,dia menjadi BFTJ abon setelah ABALAB!
best friendtilljannah

Friday, 18 May 2012

EMA


Pada suatu hari selepas solat asar ,abon pun pulang kerumah berjalan kaki.dalam perjalanan pulang sambil melihat keindahan ciptaan Allah swt,abon pun terserempak dengan rakan kelasnya yang bernama Ema  lalu abon pun terus menegur ema.

abon-assalammulaikum ema!nak kemana tu hari cuti ni?

ema-waalaikumussalam bon,kau rupanya !aku ingatkan pak lebai mana tadi.hahaha.mm,aku nak ke Bandar sekejap.nak hangout dengan member.(sambil tersenyum melihat pak lebai abon)

abon-hahaha,kau ni ema,pak lebai kau cakap aku!?kurang asam keping kau!hahaha.ouh,dengan siapa seh?

ema-hahaha,asam keeping kau.dengan member aku tengah tunggu kat station bus tu.kau nak ikut?

abon-oouh,eh tak apalah maa.aku ada keperluan kat rumah ni.lain kali jelaa.eh!ema,mana tudung kau?kat sekolah pakai tudung,kat luar tak pulak.

ema-haha,aku ajak-ajak ayam je tadi!hahaha.tudung?memang tak laaa!kat sekolah tu wajib pakai tudung,ni kat luar lain punya cerita.(dengan gaya gediknya)

abon-ajak-ajak ayam?(dalam hati memang aku tak nak pergi pun).ouh,ema bukan ke pakai tudung tu memang wajib?tak kira luar sekolah atau diluar?mana boleh nak menolak hukum ALLAH SWT.

ema-yeelaa,aku tahulah pasal tu.kau ni tak payah nak seboklah.(muka bertukar garang mcm HULK)

abon-maaf-maaf ema,jangan marah.aku minta maaf.aku tak layak nak untuk berkata demikian.tapi aku sebagai rakan kau,aku  Cuma menegur apa yg patut.minta maaf ema.(muka sedeh)

ema-tahu pun kau.ok kali ini taka pa.aku maafkan kau.ok lah,aku nak gerak ni.aku chow dulu la!kau doakan aku lah supaya buka hati nak tutup aurat ya!assalammualaikum.

abon-ok baiklah ema.aku akan doakan kau hari-hari!waalaikummussalam.

abon teruskan perjalanan kerumah dengan perasaan agak kecewa sikit sebab tidak boleh nak berdakwah pada rakan kelasnya perempuan itu,sebab itu bukan hak abon.tapi sejak dari itu abon hari2 mendoakan ema supaya pakai tudung tutup aurat sepenuhnya.abon yakin ema pasti dpt hidayah!

UTAMAKAN ALLAH!





ni lah ema!memang cantik kan orangnya!
doakan dia berubah ye reader!huhu


Monday, 14 May 2012

ABON ALI ABU =ABALAB



Pada suatu hari yang indah,Abon dalam perjalanan balik kesekolah bersama rakan-rakannya iaitu Abu dan Ali.Dalam perjalanan pulang itu mereka semua asyik berbual sakan antara satu dengan yang lain,dalam perjalanan pulang itu,Ali pun ternampak sekumpulan perempuan sedang berjalan entah kemana.Tiba-tiba Ali pun bersuara,

"Ali-eh Bon,Bu korang tengok geng perempuan tu.(tunjuk gunakan bibir macam nak cium tu)

Abu-hah,kenapa dengan geng tu Ali?(tengok Ali sambil makan aiskrim pedal pop)

Ali-Kau tengoklah betol-betol,cara pakaian diorang.Dah lah bertudung lepas tu nak pakai ketat-ketat pulak tu.Geram aku tengok seh.(muka geram macam nasir bilal khan)

Abon-Aih Ali,kau geramkan apa sebenarnya dengan diorang?lain macam je bunyinya?(Abun rilex santai)

Ali-Eh kau ni fikir lain pulak.Yang aku geram tu pakaian diorang!pakai tudung dah cantik tapi pakai baju ketat-ketat!serupa tak payah pakai baju.betul tak?(muka aaron aziz jadi malek)

Abu-A'ah lah ,apa punya fesyen pun aku tak tahu.Islam kan dah tegaskan supaya tak boleh pakai ketat-ketat.Tadi baru je belajar kan?(muka suspen)

Abon-Ye,betul tu Ali dan Abu.Haram hukumnya tu.(santai)

Ali-Mak Ayah diorang ni tak marah ke hah tengok anak-anak diorang macam gini?(kebingungan)

Abu-Tu lah pasal Li,aku hairan tengok ibubapa macam ni.(muka memang hairan sangat)

Abon-Betul tu,ibubapa lah yang melakar anak-anak.Tapi Ali,Bu aku rasa diorang ini lagi baik dari pada yang tak betudung.

Abu-aih,Kenapa kau cakap macam tu pulak?

Abon-Yelah,kan sekurang kurangnya diorang dah menutup aurat rambut diorang.Mungkin diorang ni mungkin dalam perubahan untuk yang lebih baik.Kita doakan sama-sama lah agar diorang ini menjadi lebih baik selepas ini.Fikir positiflah Abu Ali.

Ali-Aah lah Bon,aku terlupa pulak pasal tu.Adosh!(sambil tepuk dahi)

Abu-Yelah Bun dari tadi asyik mengutuk je!ya Allah ampunkan aku!menyesal aku.

Abon-Tak apa lah,yang buruk ni jadikan tauladan agar tidak melakukan di masa hadapan.Bertaubat jee.

Ali-yee,baiklah aku bertaubat !

Abon-insyaAllah sahabatku.semoga kita dan mereka diberi petunjuk oleh Allah.

ABALAB-AMIN~



mereka pun terus berjalan...

Abu pun menghabiskan aiskrimnya itu,Ali kembali kepada rupa asalnya HULK.Abon steady katak.

mereka pun balik kerumah sambil menyanyikan lagu Balik Kampung(Sudirman) sambil menggayakan seperti lagu POK POK POK BUJANG LAPOK.

UTAMAKAN ALLAH!



Friday, 11 May 2012

Kisah abon dan adiknya



Pada suatu malam yang indah,Abon  pulang kerumahnya setelah selesai  solat isyak di surau yang berhampiran rumahnya.Bila sampai dirumah,Abun pun memikirkan kerja sekolah yang diberikan oleh  guru tadi lalu membuatnya.
Sedang asyik membuat kerja sekolah,adik Abon yang bernama Aton pun datang,

“Aton-assalammualaikum abang.Rajinnya abang buat kerja sekolah!(ceria  semacam)

Abon-waalaikummussalam adikku yang comel!dah tanggungjawab abanglaa adik.nak tak nak,abang memang kena buat.eh,nak apa ni tiba-tiba jee menjengah abang ni?tak ada kerja sekolah ke?(kehairanan + ambil berat sikit)

Aton-Ala abang ni,tak boleh ke adik nak tengok abang yang rajin ni buat kerja sekolah dia.mmm,abang!sebenarya adik ada problem nak cakap ni.(muka yang ceria berubah jadi serious)

Abon-hah,apa dia tu?macam serious je ni.(sambil buat kerjanya)

Aton-ala abang,stop la kejap kerja tu.nanti lepas adik dah siap cerita abang sambung laa balik.adik Cuma nak minta nasihat jee.(sambil buat muka kucing minta makanan)

Abon-hah,yela yela.apa dia.(mula layankan adiknya)

Aton-hah macam yu lah!ok begini,adik ada kenal dengan seorang lelaki yang sama-sama ke kem hari itu,kami satu pasukan dalam satu acara yang diadakan dalam kem tu.

Abon-aih,dah tu kenapa dengan budak tu?(pelik)

Aton-nak ceritalah ni!menyampuk pula abang ni.selepas dari kem itu budak tu cuba nak minta berkenalan dengan adik tapi adik menolaknya tanpa fikir panjang.dan selang beberapa hari  balik dari kem dia pun ada menghantar msg kat adik.adik tak tahu mana dia dapat number phone adik.
dia meminta adik untuk memberi dia peluang nak berkenalan dengan dia.dia pujuk adik sedaya upaya dan akhir sekali adik membenarkan dan adik bagi peluang.

Abon-ouh,ok selepas tu.(tenang,padahal adik da kena usha)

Aton-lepas beberapa minggu adik beri peluang itu,ternyata dia memang lelaki yang baik.dan tiba-tiba pada suatu ketika dia meminta agar hubungan ini lebih jauh lagi dengan erti kata lain dia nak minta adik jadi GIRLFRIEND dia.couple la gitu.adik pun bingung lah abang,apa cadangan abang ek?tu yang nak minta pendapat abang yang soleh ni.

Abon-ouh macam tu eh,kurang asam punya budak!mentang-mentang adik aku macam Oki Setiana Dewi dia nak usha la!hahaha.ok lah adik,abang cadangkan adik supaya menolak hubungan haram itu.bercinta sebelum nikah adalah perbuatan orang kristian dan yahudi .abang tidak mahu adik abang ni melakukan hal sebegitu.
Aton-tu la bang,adik pun fikir macam tu.apa yang adik nak cakap kat dia bang?

Abon-mmm,adik menolaknya secara baik saja,katakana adik sudah mempunyai seorang calon.

Aton-calon?(polik)

Abon-yang abang maksudkan tu calon adik ialah si SUAMI SOLEH!adik nak calon yang ni kan?(senyum).ingatlah wahai adikku,jadikanlah Allah cinta sejati lagi abadimu,Rasullah saw cinta berpanjanganmu adikku.(dalam hati “bermadah pulaaak”)

Aton-tu dah semestinya abang!baiklah abangku yang soleh adik ikut cakap abang.adik dah ada keyakinan sekarang untuk menolaknya!SAY NO TO COUPLE!huhu.ok bang,assalammualaikum abang!(terus lari ke bilik dalam semangat waja preve pesona gen2 dan semua jenis keretalah!)

Abon-waalaikumussalam.amboi lari macam usain bolt!(sambung kerja)

Abon tersenyum seorang diri memikirkan adiknya tadi.

utamakan ALLAH!


Aton ;)

Wednesday, 9 May 2012

kisah Abon dan Pak Haji

pada suatu hari selepas azan asar pun berkumandang dengan merdunya.abun pun mempersiapkan diri ke surau.dan abun pun pergi ke surau lalu terus berjemaah bersama imam.selepas berdoa kemudia bersalamanlah semua jemaah.abun pun menuju niat pulang kerumah keran ada keperluan.dalam perjalanan ke motor,abun pun terserempak dengan seorang pak haji.abun pun menegur pak haji tersebut.

abun-assalammualakum pakcik.tergesa-gesa nampak?

pakcik-waalaikumussalam abun,kau ni abun berapa kali nak bagitahu!(muka sentap)

abun-hah!bagitahu apa dia pakcik?(pelik bebenoo~)

pakcik-kan pakcik dah cakap hari tu,yang kau panggil pakcik ni 'pakcik' kenapa?panggillah pak haji!aku kan dah naik haji!kau ni kan.(muka bengis macam stonecold)

abun-ouh yeke.aih pakcik wajib ke tu..?(foya-foya)

pakcik-eh!mestilah wajib bun.aku penat-penat pergi kesana,balik kesini kau panggil aku pakcik jee.(muka stonecold lagi)

abun-aih pakcik sepanjang saya belajar ni tiada hukum pulak yang menyatakan panggilan 'haji' tu wajib?dulu Rasullah saw naik turun haji tak pernah pulak orang panggil baginda 'nabi haji muhammad'?para sahabat yang lain pun tak ada yang dipanggil 'haji' tu.walaupun mereka dah naik haji beberapa kali.pakcik,ingatlah bahawa ibadah haji itu hanyalah ibadah kerana Allah swt,bukan kerana mahu bermegah-megahan kepada umum.janganlah pakcik bersikap bermegahan Allah tak suka.maaf pakcik banyak cakap.(sedih)

pakcik-ah kau bun,kau apa tahu.aku lagi makan garam banyak daripada kau.kau jangan nak mengajar aku sangat.dah aku balik dululah!(muka bengang macam bangau)

abun-baiklah pakcik,saya cuma cakap apa yang perlu sahaja.terpulang.baik,assalammualaikum.

pakcik-waalaikummussalam.(muka bengang)

abun pun balik dengan penuh gembira~

utamakn Allah!

Tuesday, 8 May 2012

Kisah Abun bersama Polis

kisah polis dan pemandu motor(Abun)

pada suatu hari dalam waktu zohor,Abun ke masjid menaiki motor untuk solat berjemaah.
apabila sampai dimasjid Abun pun solat berjemaah hingga selesai solat zohor itu.
setelah selesai,Abun pun mengorak langkah ke motor.setelah berada di motor,tiba-tiba Abun pun berasa haus dan dia pun pasang niat ke kedai.
dalam perjalanan itu,Abun terlanggar lampu isyarat merah yang sepatutnya berhenti.
tiba-tiba ada sebuah kenderaan bermotor dari belakang menjerit bagai nak gila suruh berhenti.hati Abun berdebar kerna yang menahannya adalah polis!

polis-hah!kau tahu apa sebab aku tahan kau?

Abun-assalammualaikum cik,tahu cik,saya telah melanggar lampu isyarat.

polis-(bengang)mmmm,waalaikumussalam.tahu pun kau!dah lah tak pakai helmet!

Abun-(sedikit gementar)ye cik,maaf saya tidak sengaja.saya dari surau tadi.

polis-saya tak peduli apa alasan kamu!sekarang saya nak saman kamu!(marah)

Abun-baik cik,saya redha.tapi sebelum itu encik,saya ada soalan nak tanya.(kofiden)

polis-apa dia?!

Abun-encik dah solat?

polis-belum lagi.kenapa?!

Abun-encik menegakkan undang-undang didunia,tetapi undang-undang Allah encik tidak tunaikan lagi.Sekarang encik pun akan menerima saman yang paling besar dari Allah.iaitu dosa!kalau saya dijelkan sebab dengan kata-kata ini saya terima. sebab saya tidak mahu dijelkan kedalam neraka sebab membiarkan cik tidak solat.(Abun semangat)

polis-(muka bengang dan sedikit takut)tak jadi samanlah.saya pergi solat dulu.assalammualaikum.

Abun-huh,alhamdulillah.waalaikummussalam(Abun lege sebab tak kena saman.Abun balik dengan senyumnyaa.

utamakan Allah !